PERATURAN MENDEPANI PANDEMIK COVID 19

1.    MEMASUKI BANGUNAN PTM

  1. Semua akes ke PTM mesti melalui Pintu Utama di mana saringan akan dilakukan. Staff adalah DILARANG masuk atau membawa masuk mana-mana individu melalui pintu-pintu sisi.
  2. Semua individu (kakitangan, pelajar, pelawat, kontraktor dll) diwajibkan memakai topeng mukaDILARANG masuk jika tanpa topeng muka.
  3. Semua individu diwajibkan menjalani pemeriksaan suhu badan.
  4. Individu mempunyai suhu badan 37.5 oC atau lebih DILARANG dari memasuki bangunan PTM
  5. Semua individu mesti menggunakan hand sanitizer yang disediakan.
  6. Semua individu wajib mengisi butiran diri dan merekod suhu badan dengan mengimbas QR Code yang disediakan.


2.    INDIVIDU LUAR (PELAJAR/ STAF DARI PTJ LAIN/ KONTRAKTOR/ PEMBEKAL/PELAWAT dll)

  1. Kakitangan PTM yang akan bertemu dengan individu dari luar hendaklah, semasa menetap temujanji, memaklumkan kepada pihak berkaitan :
    (a)    keperluan memakai topeng muka apabila berurusan dengan PTM dan tidak akan dibenarkan memasuki bangunan tanpa topeng muka.
    (b)    tidak dibenarkan hadir sekiranya individu terbabit sakit atau batuk atau mengalami suhu badan melebihi 37.5 oC.
    (c)    membawa peralatan solat sendiri seperti telekung dan sejadah sekiranya dijangka akan solat di PTM.


3.    BILIK MESYUARAT

  1. Semua yang hadir mesyuarat diwajibkan mengisi butiran diri dengan mengimbas QR Code.
  2. Sila pastikan penjarakan diri semasa di dalam Bilik Mesyuarat iaitu sekurang-kurangnya 1 meter di antara satu sama lain.


4.    PANTRI

  1. Hanya bilangan yang terhad dibenarkan berada di pantry dalam satu-satu masa dan mesti menjaga jarak sosial.
  2. Semua yang menggunakan pantri diwajibkan mengisi butiran diri dengan mengimbas QR Code.


5.    SURAU

  1. Hanya 2 orang dibenarkan berada di surau dalam satu-satu masa.
  2. Semua staf perlu menggunakan sejadah dan telekung sendiri.
  3. Semua yang menggunakan surau diwajibkan mengisi butiran diri dengan mengimbas QR Code.


6.    AGIHAN TOPENG MUKA

Topeng muka diagih kepada staf setiap kali staf hadir bekerja di pejabat, untuk diguna pada hari bekerja berikutnya.


7.   PENYIMPANAN REKOD

Semua rekod kehadiran di Bangunan PTM, penggunaan bilik mesyuarat, surau dan pantri disimpan untuk tempoh sekurang-kurangnya 3 bulan.
 

Last Updated: 19/05/2020